EDISI KAUM HAWA..

Pertama sekali, ucapan tahniah kepada semua warga PISMP PML kerana telah menduduki UAK dengan jayanya..semoga kita semua akan mendapat keputusan yang baik. Tapi ingat, peperiksaan akhir akan menjelang tidak lama lagi..JANGANlah kita ulangi SEJARAH sem. 1 semasa pra dulu, memang amat menyakitkan. sama-samalah kita berusaha..

Sebenarnya, entri kali ini sepatutnya diletakkan minggu lalu, tetapi memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan dan kesibukan kita bersama sebagai pelajar jadi terpaksalah ditangguhkan hingga ke hari ini. Minta maaf semua ;)

Kenapa pula entri kali ini di beri tajuk EDISI KAUM HAWA? bukan niat nak meminggirkan kaum ADAM yang empat orang tu tetapi memandangkan aktiviti yang kami buat ni hanya melibatkan kaum hawa sahaja..maka tajuk inilah yang paling sesuai. Jangan risau, EDISI KAUM ADAM akan menyusul selepas ini..

inilah dia aktiviti yang kami telah laksanakan (p/s~aktiviti ini adalah aktvt tidak rasmi yer)...


~ Photo edited by Farah Diana..

Aktiviti ni adalah 'makan bersama di KFC' pada 22 April 09' ..lihatlah wajah-wajah kaum HAWA pml, nampaknya semua berpuas hati dengan aktiviti ini..memang kenyang..

Jika dilihat secara mata kasar mungkin bagi sesetengah orang memang tidak membawa faedah, tetapi bagi kami, ini membawa seribu makna kerana dalam sejarah PISMP PML inilah kali pertama kaum HAWA keluar bersama-sama dan makan bersama (tdk sangka dapat sambutan semua kerana dirancang secara spontan). Secara tidak langsung ini telah mengeratkan lagi silaturrahim sesama kami...terima kasih semua..

~alangkah baiknya jika kaum ADAM pml ada bersama masa ni..mesti keadaan akan bertambah meriah

akhir kata,semoga hubungan kita akan bertambah erat..'BUANGLAH YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH'..kita masih ada 4 tahun untuk dihabiskan bersama, ianya bukan satu jangka masa yang pendek..fikir-fikirkanlah!

2 comments:

Tahniah kepada penulis berita lawatan tersebut.
Kalau muat naik banyak gambar lagi menarik kerana gambar dapat menceritakan segala-galanya walaupun dengan sedikit catatan.
Tahniah dan teruskan usaha menulis aktiviti kelas anda.

May 6, 2009 at 9:37 PM  
pemulihan said...

terima kasih cikgu atas komen tersebut...
akan diperbaiki dari masa ke semasa 'kami budak baru belajar'..
komen2 membina ini akan dapat membantu kami memperbaiki kelemahan.

May 11, 2009 at 11:07 PM  

Post a Comment