EDISI KAUM HAWA..

Pertama sekali, ucapan tahniah kepada semua warga PISMP PML kerana telah menduduki UAK dengan jayanya..semoga kita semua akan mendapat keputusan yang baik. Tapi ingat, peperiksaan akhir akan menjelang tidak lama lagi..JANGANlah kita ulangi SEJARAH sem. 1 semasa pra dulu, memang amat menyakitkan. sama-samalah kita berusaha..

Sebenarnya, entri kali ini sepatutnya diletakkan minggu lalu, tetapi memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan dan kesibukan kita bersama sebagai pelajar jadi terpaksalah ditangguhkan hingga ke hari ini. Minta maaf semua ;)

Kenapa pula entri kali ini di beri tajuk EDISI KAUM HAWA? bukan niat nak meminggirkan kaum ADAM yang empat orang tu tetapi memandangkan aktiviti yang kami buat ni hanya melibatkan kaum hawa sahaja..maka tajuk inilah yang paling sesuai. Jangan risau, EDISI KAUM ADAM akan menyusul selepas ini..

inilah dia aktiviti yang kami telah laksanakan (p/s~aktiviti ini adalah aktvt tidak rasmi yer)...


~ Photo edited by Farah Diana..

Aktiviti ni adalah 'makan bersama di KFC' pada 22 April 09' ..lihatlah wajah-wajah kaum HAWA pml, nampaknya semua berpuas hati dengan aktiviti ini..memang kenyang..

Jika dilihat secara mata kasar mungkin bagi sesetengah orang memang tidak membawa faedah, tetapi bagi kami, ini membawa seribu makna kerana dalam sejarah PISMP PML inilah kali pertama kaum HAWA keluar bersama-sama dan makan bersama (tdk sangka dapat sambutan semua kerana dirancang secara spontan). Secara tidak langsung ini telah mengeratkan lagi silaturrahim sesama kami...terima kasih semua..

~alangkah baiknya jika kaum ADAM pml ada bersama masa ni..mesti keadaan akan bertambah meriah

akhir kata,semoga hubungan kita akan bertambah erat..'BUANGLAH YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH'..kita masih ada 4 tahun untuk dihabiskan bersama, ianya bukan satu jangka masa yang pendek..fikir-fikirkanlah!

YANG SERING KITA DENGAR..TETAPI TIDAK DIHAYATI

Marilah kita hayati bersama, makna di sebalik nukilan ini..

GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Mungkin kita tidak sedar bahawa profession yang kita pilih ini amat tinggi martabatnya di mata masyarakat..buktinya..(sedikit pengalaman dari PBS 1, 23-27 Mac 09)

Ceritanya begini...

Saya telah diminta oleh seorang guru untuk menjaga kelas tahun 1. Kebetulan, dalam kelas itu ada seorang murid yang memang mengenali saya. Sebaik sahaja saya memasuki kelas itu, dia memandang saya dengan muka tersenyum..

Tiba-tiba dia menuturkan kata-kata yang amat menyentuh hati saya. Katanya.."oh, cikgu pula..bukan orang lagi.."..

Pembaca sekalian, dapatkah anda melihat maksud yang amat mendalam di sebalik kata-kata anak kecil berumur 7 tahun ini? bagi saya, saya dapat merasakan bahawa murid ini amat memandang tinggi status seorang guru, sehinggakan dia melihat guru itu lebih dari seorang manusia, mungkin agak lucu tetapi inilah hakikatnya..

GOOD LUCK...



Diucapkan selamat berjaya dan selamat menjawab kepada semua calon MUET (25 April 09') dan calon UAK (27 April 09')...terutamanya kepada ahli kelas PISMP Pend. Pemulihan, jawab dengan tenang dan jangan lupa baca DOA..GOOD LUCK everybody

APA YANG PERLU KITA TAHU...

Siapakah kanak-kanak Pemulihan Khas?


“ kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa.”
-AE TANSLEY DAN R.CULLIFORD-


“ kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara-perkara yang agak abstrak.”
-M.FCLOUGH-




“ kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi, yang sederhana dan di bawah paras sederhana. Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang terlalu lemah (mentally retarded).”
-SHARIFAH RAHMAH ALI-



CIRI-CIRI KANAK-KANAK PEMULIHAN KHAS


EMOSI DAN TINGKAHLAKU

1.Perasaan rendah diri
2.Perasaan risau
3. Sedih / hiba / duka
4. Cepat bosan / jemu terhadap pelajaran
5. Takut dengan perkara baru
6. Degil, tidak patuh arahan
7. Pasif
8. Malas



SOSIAL

1. Gelisah – tidak selesa dengan guru atau rakan
2. Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
3.Gemar menghisap atau menggigit jari / kuku.
4.Selalu tidak hadir ke sekolah dengan
pelbagai alasan.
5.Selalu menangis - enggan masuk kelas.
6.Hyper aktif – selalu bergerak dan menganggu
kawan.


KESIHATAN

Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
2.Tumbesaran tubuh badan tak seimbang
(gemuk/kurus)
3.Tumpuan perhatian terhad- masalah
penglihatan.
4. Lemah gerakan moto-kasar dan halus.
5. Kesihatan terganggu - seperti selalu sakit,
sakit terlalu lama dan teruk.
6. Kurang menjaga kebersihan diri.



KESEDIAAN BELAJAR

1. Belum bersedia untuk belajar.
2. Kurang perbendaharaan kata.
3. Lemah pemahaman.
4.Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
5.Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan
umur hayat.



PENGAMATAN

1.Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz,
warna dan turutan.
2. Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
3. Keliru konsep ruang dan mencari arah.
4. Lambat mengkelas benda.
5. Kesukaran menghubungkaitkan pelajaran yang lama
dengan yang baru.
6. Tidak dapat menyelesaikan masalah
7.Sukar ambil bahagian dalam permainan,
tidak faham undang-undang.
8. Tidak kreatif.
9. Lemah pergerakan dan perbuatan.
10. Lemah daya pemikiran.
11. Tidak boleh / lemah ingat kembali


JANGAN LUPA!!

Perkara : TAKLIMAT PEPERIKSAAN DAN UJIAN AKHIR KURSUS

Tarikh : 23 APRIL 2009 (KHAMIS)

Masa : 3.30 PTG

Tempat : DEWAN BESAR INSTITUT

Kehadiran : SEMUA PELAJAR DIWAJIBKAN HADIR


Khas buat jejaka PML..Tajuk-tajuk "TUGASAN" anda..

TITAS

Azlan : Kepentingan wujudnya interaksi positif dan negatif antara pelbagai tamadun

Shiraley : Huraikan 5 konsep prinsip Hadhari seterusnya (sambungan dari tajuk Wanie)

Safhwan : Huraikan peranan agama islam dalam membantu pembinaan tamadun Cina

Kiven : Nyatakan teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu

EDU 3102 : PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Azlan : Kepentingan guru memahami konsep asas perkembangan kanak-kanak serta prinsip-prinsip perkembangan.

Shiraley : Jelaskan faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak dan peranan guru dalam mempertingkatkan perkembangan sosioemosi kanak-kanak berumur 6-14 tahun.

Safhwan : Kumpul maklumat tentang perkembangan fizikal berdasarkan teori perkembangan fizikal Arnold Gesell dan Robert Havighurst

Kiven : Kumpul maklumat tentang perkembangan bahasa berdasarkan teori pemerolehan bahasa Noam Chomsky