SELAMAT BERCUTI SEMUA

Pertama sekali, moderator minta maaf kerana sudah lama tidak meng'update' blog kelas yang tercinta ini..al-maklumlah peperiksaan baru juga berakhir.

Jadi, warga kelas PML sekalian..macam mana dengan peperiksaan? diharapkan agar kita semua sudah melakukan yang terbaik walaupun soalannya memang agak mencabar. Kita nantikanlah sahaja keputusannya dengan sabar.

Sudah merancang apa yang ingin dilakukan semasa cuti? daripada apa yang didengar, ada yang nak turun sawah, menghadiri perkahwinan saudara-mara, melancong, tidur sepuas-puasnya, makan...dan banyak lagi..hehe

Apa pun aktiviti kita semua, sila berhati-hati dan jaga kesihatan ya, jangan pula ada yang kembali di IP ini dalam keadaan yang tragik..

apa-apapun, moderator mengucapkan selamat bercuti dan gunakanlah waktu yang ada sebaik-baiknya..

PERHATIAN...

TAKLIMAT PEPERIKSAAN MEI 2009

TARIKH : 15 MEI 2009 (JUMAAT)
MASA : 2.30 PM
TEMPAT : DEWAN BESAR, IPGM KAMPUS KENINGAU

JADUAL PEPERIKSAAN MEI 2009 (18-28 MEI 2009)

TARIKH : 20 MEI 2009 (RABU)
MASA : 2.30 - 5.00 PM (2 JAM 30 MINIT)
KURSUS : FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU 3101)

TARIKH : 21 MEI 2009 (KHAMIS)
MASA : 2.30 - 5.00 PM (2 JAM 30 MINIT)
KURSUS : PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)

TARIKH : 25 MEI 2009 (ISNIN)
MASA : 8.30 - 11.00 AM (2 JAM 30 MINIT)
KURSUS : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN PEMULIHAN (PKP 3101)

TARIKH : 26 MEI 2009 (SELASA)
MASA : 8.30 - 11.00 AM (2 JAM 30 MINIT)
KURSUS : PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI (PKU 3102)


* Untuk kepastian/bagi mengelakkan sebarang kesilapan, sila rujuk memo yang sudah dilekatkan dalam kelas. Selamat berjaya & selamat menghadapi peperiksaan...

SAMBIL MENYELAM MINUM AIR..

Sambil online, baca CARTA ALIR...

Memandangkan peperiksaan sudah hampir membuka tirainya, maka eloklah jika blog ini diselitkan dengan unsur-unsur yang membolehkan semua warga PML me'refresh' semula apa yang telah dipelajari...PKP 3101



Ingat!!! En. Fir cakap carta alir ni amat penting...bagaikan NYAWA kita sebagai bakal guru pemulihan..

Selain itu,
yang ini pun kena ingat juga...


KELAS INTERVENSI AWAL MEMBACA DAN MENULIS (KIA2M)

Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu.

Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas.

Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.

PROGRAM PEMULIHAN
KEMAHIRAN MEMBACA, MENULIS DAN MENGIRA (PROTIM)



Program 3M ( membaca, menulis dan mengira)

Bertujuan menangani masalah murid tahun enam sebelum melangkah ke tingkatan satu.

Murid diasingkan kepada tiga kumpulan:
Tidak menguasai 3M ( membaca, menulis dan mengira)
Tidak menguasai 2M( membaca dan menulis)
Tidak menguasai M3.

Guru bahasa melayu dan matematik tahun enam yang terpilih.
Dibantu oleh guru pemulihan.
Nisbah guru- murid yang kecil.

PROGRAM BIMBINGAN KEMAHIRAN MEMBACA, MENULIS DAN MENGIRA (PROBIM)

Program ini dilaksanakan di kalangan pelajar tingkatan satu yang lemah dalam matematik/bahasa (mendapat gred D & E dalam peperiksaan UPSR atau keputusan lemah dalam tingkatan peralihan). Diharap melalui program ini, kumpulan pelajar ini akan diperbaiki prestasi mereka dalam bidang matematik/bahasa.

GOOD LUCK (^^)

to all my fellow PISMP PEMULIHAN, good luck in your MUET speaking exam tomorrow... you can do it! relax n give your 1000% of effort... God Bless... (^^) luv*luv*kiz*kiz*

LAWATAN KPLI DAN PISMP PEND. PEMULIHAN KE SK. BUKIT PADANG, JPN DAN SK. LIKAS

Syukur kerana lawatan kami ke 3 lokasi yang telah dirancang, berjalan dengan lancar. kami bertolak dari Ip lebih kurang jam 7.30 pagi (29hb april) diiringi oleh dua orang pensyarah iaitu En. Mohd. Firdaus bin Abd. Salam dan En. Agus Yanul dan tiba di SK Likas pada jam 10.30 pagi. Ketibaan kami disambut dengan iringan muzik tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak pendidikan khas bermasalah pembelajaran...kami amat teruja dengan kebolehan mereka!


Murid-murid pendidikan khas sedang memainkan alat tradisional...

Sebelum dibawa melawat ke kelas pendidikan khas, kami diberi taklimat berkenaan dengan kelas berkenaan, banyak input yang kami terima melalui taklimat ini. Misalnya, bilangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang bersekolah di sekolah ini adalah seramai 58 orang dengan tenaga pengajar seramai 20 orang. Bilangan ini cukup membuatkan kami terkejut, kami dapat membayangkan bagaimana pula nasib kanak-kanak yang berada di pedalaman yang tidak mendapat kemudahan kelas pendidikan khas.


Taklimat oleh cikgu Magdalena..salah seorang guru pendidikan khas di SK. Bukit Padang

Setelah mendengar taklimat, kami dibawa melawat kelas-kelas pendidikan khas yang dimaksudkan. Kami mendapati bahawa, kelengkapan yang mencukupi membantu pembelajaran kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini.


Murid Autisme sedang menjalani P&P


Antara murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran


Cikgu Agus sedang menerangkan sesuatu...

Lebih kurang jam 12.30 tengahari, kami melangkahkan kaki keluar dari sekolah ini namun yang pasti banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang kami timba melalui lawatan kami ke sekolah ini. Sebelum makan tengahari, kami ke tempat penginapan (Ruby inn) terlebih dahulu untuk berehat dan menyimpan pakaian.

Tepat jam 1.30, kami bertolak semula ke destinasi seterusnya iaitu JPN(Sektor Pendidikan Khas ), kami tiba di destinasi lebih kurang jam 2 petang. Ketibaan kami disambut oleh En Kassim bin Buntak (Pegawai hal ehwal Pemulihan Khas di Sabah) bersama Cik Rohana yang juga merupakan pegawai di unit Pendidikan Khas ini. Di sini, kami mendengar pula taklimat tentang Jabatan Pendidikan Khas yang bakal menjadi majikan kami suatu hari nanti (dipetik dari kata2 En. Firdaus). Kami diberi penerangan secara terperinci tentang tugas-tugas Jabatan Pendidikan Khas ini dan kami juga didedahkan dengan permasalahan yang dihadapi oleh Jabatan ini dalam menangani peningkatan jumlah murid pemulihan khas selain masalah guru-guru pemulihan itu sendiri. Taklimat berakhir lebih kurang jam 3.30 petang iaitu 30 minit lebih awal dari yang dijangka, sebelum berangkat ke tempat penginapan kami dihidangkan pula dengan sedikit jamuan ringan. Terima kasih JPN!


En.Kassim bin Buntak


Cik Rohana menerima cenderahati dari IPGM Kampus Keningau

Keesokan harinya, sepatutnya kami bertolak ke SK. Likas pada jam 7.30 pagi namun,disebabkan ada perubahan jadual, perjalanan kami ditangguh ke jam 9.00 pagi. Kami tiba di SK. Likas lebih kurang jam 9.30 pagi dan ketibaan kami disambut oleh Penolong kanak Pentadbiran, guru pemulihan khas dan juga guru-guru di sekolah ini. Walaupun kami difahamkan terdapat program lain yang diadakan semasa lawatan kami di sekolah tersebut namun, kami bersyukur kerana pihak sekolah ini masih menerima kunjungan kami dengan tangan yang terbuka.

Seperti juga destinasi sebelum ini, kami diberikan taklimat berkenaan kelas Pemulihan Khas di sekolah ini. Taklimat diberikan oleh En. Khasnan yang juga merupakan antara guru pemulihan yang cemerlang di negara ini. Beliau banyak memberi input tentang cara pengajaran murid-murid pemulihan yang berkesan, memang banyak yang kami pelajari dari beliau. Setelah menerima taklimat, kami dibawa pula melawat ke kelas pemulihan di bawah kelolaan En. Khasnan, guru pemulihan khas di sekolah ini. Kelas pemulihan di sekolah ini amat unik dan menarik perhatian kami kerana dengan ruang yang terhad, En. Khasnan menggunakan semua kelengkapan semaksimum yang mungkin mengikut kekreatifan beliau.


En. Khasnan, guru pemulihan khas SK. Likas


keadaan kelas pemulihan yang agak sempit namun dimanfaatkan sepenuhnya...


En. Khasnan tidak jemu-jemu memberikan input tentang kelas pemulihan.

UNTUK TATAPAN BERSAMA...













Semoga kita dapat mengadakan lawatan ke tempat lain pula di masa yang akan datang...

~ Mungkin entri kali ini kurang memuaskan, maklumlah sering sahaja ada masalah dengan wi-fi jadi ianya akan diperbaiki dari masa ke semasa, moderator juga mohon maaf jika ada yang tidak berpuas hati dengan gambar atau lain2 yang telah tersiar;)...keep up PML!