YANG SERING KITA DENGAR..TETAPI TIDAK DIHAYATI

Marilah kita hayati bersama, makna di sebalik nukilan ini..

GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Mungkin kita tidak sedar bahawa profession yang kita pilih ini amat tinggi martabatnya di mata masyarakat..buktinya..(sedikit pengalaman dari PBS 1, 23-27 Mac 09)

Ceritanya begini...

Saya telah diminta oleh seorang guru untuk menjaga kelas tahun 1. Kebetulan, dalam kelas itu ada seorang murid yang memang mengenali saya. Sebaik sahaja saya memasuki kelas itu, dia memandang saya dengan muka tersenyum..

Tiba-tiba dia menuturkan kata-kata yang amat menyentuh hati saya. Katanya.."oh, cikgu pula..bukan orang lagi.."..

Pembaca sekalian, dapatkah anda melihat maksud yang amat mendalam di sebalik kata-kata anak kecil berumur 7 tahun ini? bagi saya, saya dapat merasakan bahawa murid ini amat memandang tinggi status seorang guru, sehinggakan dia melihat guru itu lebih dari seorang manusia, mungkin agak lucu tetapi inilah hakikatnya..

0 comments:

Post a Comment