LAWATAN KPLI DAN PISMP PEND. PEMULIHAN KE SK. BUKIT PADANG, JPN DAN SK. LIKAS
Syukur kerana lawatan kami ke 3 lokasi yang telah dirancang, berjalan dengan lancar. kami bertolak dari Ip lebih kurang jam 7.30 pagi (29hb april) diiringi oleh dua orang pensyarah iaitu En. Mohd. Firdaus bin Abd. Salam dan En. Agus Yanul dan tiba di SK Likas pada jam 10.30 pagi. Ketibaan kami disambut dengan iringan muzik tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak pendidikan khas bermasalah pembelajaran...kami amat teruja dengan kebolehan mereka!
Murid-murid pendidikan khas sedang memainkan alat tradisional...
Sebelum dibawa melawat ke kelas pendidikan khas, kami diberi taklimat berkenaan dengan kelas berkenaan, banyak input yang kami terima melalui taklimat ini. Misalnya, bilangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang bersekolah di sekolah ini adalah seramai 58 orang dengan tenaga pengajar seramai 20 orang. Bilangan ini cukup membuatkan kami terkejut, kami dapat membayangkan bagaimana pula nasib kanak-kanak yang berada di pedalaman yang tidak mendapat kemudahan kelas pendidikan khas.
Taklimat oleh cikgu Magdalena..salah seorang guru pendidikan khas di SK. Bukit Padang
Setelah mendengar taklimat, kami dibawa melawat kelas-kelas pendidikan khas yang dimaksudkan. Kami mendapati bahawa, kelengkapan yang mencukupi membantu pembelajaran kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini.
Murid Autisme sedang menjalani P&P
Antara murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran
Cikgu Agus sedang menerangkan sesuatu...
Lebih kurang jam 12.30 tengahari, kami melangkahkan kaki keluar dari sekolah ini namun yang pasti banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang kami timba melalui lawatan kami ke sekolah ini. Sebelum makan tengahari, kami ke tempat penginapan (Ruby inn) terlebih dahulu untuk berehat dan menyimpan pakaian.
Tepat jam 1.30, kami bertolak semula ke destinasi seterusnya iaitu JPN(Sektor Pendidikan Khas ), kami tiba di destinasi lebih kurang jam 2 petang. Ketibaan kami disambut oleh En Kassim bin Buntak (Pegawai hal ehwal Pemulihan Khas di Sabah) bersama Cik Rohana yang juga merupakan pegawai di unit Pendidikan Khas ini. Di sini, kami mendengar pula taklimat tentang Jabatan Pendidikan Khas yang bakal menjadi majikan kami suatu hari nanti (dipetik dari kata2 En. Firdaus). Kami diberi penerangan secara terperinci tentang tugas-tugas Jabatan Pendidikan Khas ini dan kami juga didedahkan dengan permasalahan yang dihadapi oleh Jabatan ini dalam menangani peningkatan jumlah murid pemulihan khas selain masalah guru-guru pemulihan itu sendiri. Taklimat berakhir lebih kurang jam 3.30 petang iaitu 30 minit lebih awal dari yang dijangka, sebelum berangkat ke tempat penginapan kami dihidangkan pula dengan sedikit jamuan ringan. Terima kasih JPN!
En.Kassim bin Buntak
Cik Rohana menerima cenderahati dari IPGM Kampus Keningau
Keesokan harinya, sepatutnya kami bertolak ke SK. Likas pada jam 7.30 pagi namun,disebabkan ada perubahan jadual, perjalanan kami ditangguh ke jam 9.00 pagi. Kami tiba di SK. Likas lebih kurang jam 9.30 pagi dan ketibaan kami disambut oleh Penolong kanak Pentadbiran, guru pemulihan khas dan juga guru-guru di sekolah ini. Walaupun kami difahamkan terdapat program lain yang diadakan semasa lawatan kami di sekolah tersebut namun, kami bersyukur kerana pihak sekolah ini masih menerima kunjungan kami dengan tangan yang terbuka.
Seperti juga destinasi sebelum ini, kami diberikan taklimat berkenaan kelas Pemulihan Khas di sekolah ini. Taklimat diberikan oleh En. Khasnan yang juga merupakan antara guru pemulihan yang cemerlang di negara ini. Beliau banyak memberi input tentang cara pengajaran murid-murid pemulihan yang berkesan, memang banyak yang kami pelajari dari beliau. Setelah menerima taklimat, kami dibawa pula melawat ke kelas pemulihan di bawah kelolaan En. Khasnan, guru pemulihan khas di sekolah ini. Kelas pemulihan di sekolah ini amat unik dan menarik perhatian kami kerana dengan ruang yang terhad, En. Khasnan menggunakan semua kelengkapan semaksimum yang mungkin mengikut kekreatifan beliau.
En. Khasnan, guru pemulihan khas SK. Likas
keadaan kelas pemulihan yang agak sempit namun dimanfaatkan sepenuhnya...
En. Khasnan tidak jemu-jemu memberikan input tentang kelas pemulihan.
UNTUK TATAPAN BERSAMA...
Semoga kita dapat mengadakan lawatan ke tempat lain pula di masa yang akan datang...
~ Mungkin entri kali ini kurang memuaskan, maklumlah sering sahaja ada masalah dengan wi-fi jadi ianya akan diperbaiki dari masa ke semasa, moderator juga mohon maaf jika ada yang tidak berpuas hati dengan gambar atau lain2 yang telah tersiar;)...keep up PML!